Berbasikal di bukit cahaya alam a.k.a Bukit Cherakah


Biasanya dalam sebulan sekali atau dua kali kami akan ke sini, bawa anak-anak pusing-pusing kawasan bukit cahaya alam. Walaupun jalan berbukit, tetap rasa enjoy dan rasa nak datang lagi =). Rasanya dah lebih 5 kali kami ke sini sejak dari kali pertama pada bulan 10 hari tu.

Gambar kat atas tu masa kali pertama datang. Fee untuk masuk ke bukit kawasan bukit cahaya alam RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak 4thn sehingga umur 12thn.

Fee untuk basikal pula RM4 untuk basikal yang ada baby seat, RM3 untuk basikal biasa untuk jam pertama, setiap jam berikutnya tambahan RM1.

Kawasan Bukit Cahaya Alam ni ada banyak taman2 yang boleh kita lawati, kalau tak nak naik basikal, ada bas disediakan,. Tak pasti berapa bayaran yang di kenakan. Antara taman2 yang kami dah pergi,ada yang lalu je ;P, Taman Orkid, Taman Herba, Taman Cendawan, Taman Haiwan,  ehh rasa banyak la dah pergi tapi tak ingat plak nama. Ada juga Rumah kebudayaan yang macam di melaka tu. Lagi tempat yang wajib pergi mesti lah rumah iklim. Untuk masuk rumah iklim bayaran dikenakan sebanyak RM3. Kanak-kanak bawah 4 tahun tak kena bayar.

So korang2 kalau tak tahu nak kemana bawa anak2 jalan2, apakata singgah sini. Selain dapat keluarkan peluh dapat gak enjoy kan. Bayaran masuk pun tak mahal, kalau rasa nak jimat lagi boleh bawa makanan sendiri. =)

1 ulasan:

sawn berkata...

Aiii... terasa macam nak aktifkan aktiviti berbasikal.. dah lama dok terperap dalam stor